Skip to main content
March 2024
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

JKAD BERTANDANG KE NEGERI CHE SITI WAN KEMBANG

Kota Bahru 19 Februari - Jawatan kuasa Ketua - Ketua Audit Universiti Awam telah mengadakan perjumpaan yang pertama di Hotel Perdana Kota Bahru untuk tahun 2024. Mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian besar ketua audit dalam telah berkampung selama 2 hari untuk membincangkan beberapa perkara dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Antara agenda mesyuarat ialah sesi perbincangan dan pemurnian tugas serta pelaksanaan Seminar Kebangsaan. Selain itu pembentangan setiap biro juga dilaksanakan pada hari kedua mesyuarat bagi meneliti dan merancang pelan tindakan yang berkaitan. Mesyuarat juga telah disisipkan dengan sesi perkongsian berkaitan pelaksanaan SAIV oleh Bahagian Audit Dalam UiTM. Pada slot terakhir mesyuarat En Sahizan Bin Mohd Sagi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Laman Web JKAD telah membentangkan struktur jawatankuasa laman web yang baru serta pelan perancangan untuk tahun 2024. Mesyuarat berakhir pada jam 12.45 tengahari 20 Februari 2024. 

Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-ketua Audit Universiti Awam Bil. 2 2024

Hari
:
Jam
:
Minit
:
Saat