MAKLUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN LETTERHEAD MAJLIS KETUA AUDIT DALAM (MKAD) UNIVERSITI AWAM
20 JAN 2026 - Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan mencipta logo dan letterhead MKAD
Pemenang Mencipta Logo
Encik Mohd Faiz bin Suparman II Akauntan (WA10)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pemenang Mencipa Letterhead
Puan Nur Qamar binti Maharoff II Penolong Juruaudit Kanan (W6)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai pertandingan ini.
MESYUARAT MAJLIS KETUA AUDIT DALAM (MKAD) UNIVERSITI AWAM BILANGAN 3 TAHUN 2025
3 - 4 Disember 2025 | Universiti Utara Malaysia (UUM)
Mesyuarat Majlis Ketua Audit Dalam (MKAD) Universiti Awam telah berlangsung pada 3 & 4 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam Malaysia.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah :
- Laporan Pencapaian Pelan Strategik MKAD 2017-2025
- Pelan Strategik MKAD 2026-2030
- Teknik menganalisis data menggunakan Teknologi Analitik Data (Arbutus Analytics)
- Penyelarasan proses pengauditan serta perbincangan mengenai isu semasa dalam tadbir urus Universiti.
LAWATAN KERJA MKAD KE JABATAN AUDIT DALAM TNB
24 Sep 2025 - Majlis Ketua-Ketua Audit Dalam (MKAD) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Audit Dalam TNB bagi mendapatkan pendedahan dan perkongsian berkaitan pelaksanaan strategi serta operasi audit dalam yang dilaksanakan oleh pihak TNB. Sesi perkongsian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan :
i) Pelan Strategik Jabatan Audit Dalaman
ii) Proses Penyediaan Pelan Audit Tahunan
iii) Rangka Kerja Penilaian Risiko bagi Pelan Audit Tahunan dan Audit Engagement
iv) Inisiatif Transformasi Pendigitalan Audit
Slide lawatan rujuk disini klik
KURSUS ESG & PELAPORAN KEMAMPANAN 2025
25 – 26 September 2025 | Pulse Grande Hotel, Putrajaya
Majlis Ketua-ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) telah menganjurkan Kursus ESG & Pelaporan Kemampanan 2025 bagi memperkukuh kefahaman dan keupayaan juruaudit dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap agenda kelestarian organisasi. Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Dr. Nurmazilah Dato’ Mahzan, seorang penganalisis ESG bertauliah dan pakar dalam bidang pelaporan korporat dan kelestarian.
Antara objektif utama kursus ini adalah untuk:
- Meningkatkan pemahaman peserta terhadap konsep dan piawaian ESG peringkat global dan nasional seperti GRI, ISSB dan TCFD.
- Membantu peserta membina strategi audit ESG serta memahami kaedah pelaporan kemampanan.
- Mengukuhkan peranan juruaudit sebagai penasihat strategik dalam pelaksanaan agenda kelestarian universiti.
Bengkel Global Internal Audit Standards (GIAS) 2025
13 - 14 Okt 2025, Majlis Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD) telah menganjurkan Bengkel Global Internal Audit Standards (GIAS) 2025 bertempat di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Puan Nur Hayati Baharuddin, Quality Assurance Consultant yang juga ahli Global Guidance Council, The Institute of Internal Auditors (IIA) Global.
Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai Global Internal Audit Standards (GIAS) serta kaedah pelaksanaan penilaian kualiti (QAR), selaras dengan International Professional Practices Framework (IPPF).
Bengkel ini disasarkan kepada Ketua Audit Dalam dan pegawai audit universiti awam bagi memperkukuh amalan profesionalisme dan tadbir urus audit dalaman di institusi masing-masing.