Skip to main content

Logo JKAD

 

 Logo JKAD FINAL

WARNA MERAH : Adalah melambangkan berani di mana semua ahli JKAD sebagai juruaudit adalah sentiasa berani menghadapi rintangan dan dugaan serta cabaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

WARNA BIRU : Adalah menunjukkan kejujuran di mana semua ahli JKAD bersikap jujur dan ikhlas pada setiap tindak tanduk terutamanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

LAMBANG JABAT TANGAN : Adalah tanda semangat kesepakatan dan muafakat antara ahli JKAD dalam usaha menuju kecemerlangan serta memperolehi keberkatan daripada ALLAH S.W.T.

KOMBINASI BIRU DAN MERAH : Warna biru dan merah pada lambang jabat tangan itu menunjukkan integrasi antara sifat berani dan jujur untuk dibawa bersama dalam diri setiap individu untuk menuju kejayaan dan kemenangan.

 

PENJELASAN MOTO 

KECEMERLANGAN BERSAMA / MUTUAL EXCELLENCE

Kecemerlangan Bersama / Mutual Excellence adalah membawa makna JKAD sentiasa memperjuangkan semangat berpasukan dan persepakatan dalam mencapai visi dan misinya. Juga bersama-sama berusaha melalui JKAD untuk cemerlang bersama dalam aspek melaksanakan tugas pengauditan bagi tujuan untuk meningkatkan kredibiliti Audit Dalam UA Malaysia.

 

  • Hits: 6549