Skip to main content

Visi , Misi & Objektif

VISI

AUDIT DALAM SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA KECEMERLANGAN DAN KEBERKESANAN TADBIR URUS UNIVERSITI AWAM.

Audit Dalam adalah antara penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Universiti Awam (UA) Malaysia. Pelaksanaan pengauditan secara berfokus melalui mandat akan meningkatkan kualiti audit serta pematuhan piawaian-piawaian yang terpakai agar dapat menjamin amalan terbaik dalam organisasi. Audit Dalam sewajarnya menjadi relevan dalam persekitaran organisasi serta kecemerlangan tadbir urus UA Malaysia.

MISI

BERILTIZAM MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGAUDITAN DAN KREDIBILITI AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM MELALUI PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN. 

Misi JKAD UA ialah untuk membantu Audit Dalam UA melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan yang ditetapkan. Berusaha untuk meningkatkan kecekapan, kredibiliti dan keberkesanan pengauditan melalui perkongsian pengalaman dan pembangunan profesional yang berterusan dan seterusnya memastikan penggunaan sumber-sumber secara ekonomi, efisien dan efektif melalui perkhidmatan audit yang bebas, profesional dan berkualiti. Ini juga dapat membantu pencapaian objektif universiti melalui pendekatan pengauditan yang bersistematik dan berdisiplin untuk menilai pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus universiti.

OBJEKTIF

MERANCANG DAN MENYELARAS AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH JKAD BAGI MENCAPAI VISI, MISI DAN OBJEKTIF STRATEGIK YANG DITETAPKAN.

  • Hits: 2020