Skip to main content
May 2024
M T W T F S S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

JKAD BERTANDANG KE NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG

Kota Bharu 19 Februari - Jawatankuasa Ketua - Ketua Audit Universiti Awam telah mengadakan perjumpaan yang pertama di Hotel Perdana Kota Bharu bagi tahun 2024. Mesyuarat yang dihadiri oleh sebahagian besar Ketua Audit Dalam (KAD) telah berkampung selama dua (2) hari untuk membincangkan beberapa perkara dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Antara agenda mesyuarat ialah sesi perbincangan dan pemurnian tugas serta pelaksanaan Seminar Kebangsaan. Selain itu, pembentangan setiap biro juga dilaksanakan pada hari kedua mesyuarat bagi meneliti dan merancang pelan tindakan yang berkaitan. Mesyuarat juga telah disisipkan dengan sesi perkongsian berkaitan pelaksanaan Self-Assessment With Independent Validation (SAIV) oleh Bahagian Audit Dalam Universiti Teknologi Mara  (UiTM). Pada slot terakhir mesyuarat Encik Sahizan Bin Mohd Sagi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Laman Web JKAD telah membentangkan struktur jawatankuasa laman web yang baharu serta pelan perancangan untuk tahun 2024. Mesyuarat berakhir pada jam 12.45 tengah hari bertarikh pada 20 Februari 2024. 

Mesyuarat Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Universiti Awam Bil. 2/2024

Hari
:
Jam
:
Minit
:
Saat