Skip to main content

Nilai Teras

Nilai teras adalah prinsip asas yang digunakan dalam penentuan pelan rancangan strategik. Matlamat strategik, program dan aktiviti disarankan dalam pelan perancangan strategik adalah selari dengan nilai teras yang telah ditetapkan seperti berikut:

PROFESIONAL

Melaksanakan tugas dengan berintegriti, telus dan bebas bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan piawaian dan amalan terbaik.

PROGRESIF

Bergerak maju dengan melakukan perkongsian pintar dan melaksanakan aktiviti yang berkualiti tinggi  dalam usaha meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan kemahiran.

INTEGRITI

JKAD UA mengutamakan aspek integriti serta memastikan pematuhan kod etika profesional dalam meningkatkan imej dan kredibiliti Audit Dalam.

INOVATIF

Sentiasa konsisten dalam aktiviti pengauditan dengan teknik yang inovatif bagi memenuhi keperluan serta kehendak pemegang taruh dan auditi. Berani mengambil risiko dan mempunyai inisiatif dalam menghadapi cabaran serta fleksibel dalam apa-apa perubahan.

KERJASAMA

Menjalinkan kerjasama antara ahli JKAD UA serta berkolaborasi dengan badan-badan profesional dan pengamal industri untuk faedah bersama.

KETERANGKUMAN

JKAD UA mengiktiraf kepelbagaian keupayaan dan idea serta percaya kepada prinsip saling menghormati dalam memberi peluang sama rata di antara ahli-ahlinya.

 

  • Hits: 4715