Skip to main content

Sejarah Penubuhan JKAD

Penubuhan kerjasama di antara Juruaudit Dalam di semua Universiti Awam Malaysia adalah hasil cadangan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Universiti Kebangsaan Malaysia Bil. 2/2002 yang telah bersidang pada 13 Julai 2002 bertujuan bagi membolehkan perbincangan dan aktiviti yang sewajarnya diadakan untuk kebaikan bersama.

Mesyuarat Pendaftar-pendaftar Bil. 3/2002 pada 22 September 2002 telah memperakukan kertas kerja “Cadangan Mewujudkan Kerjasama Di Antara Juruaudit Dalam Di Semua Universiti Awam (UA) Malaysia” serta memutuskan keperluan untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama antara Juruaudit Dalam semua UA bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan yang seragam antara semua UA meliputi kecekapan sistem pengauditan, penilaian kawalan dalaman, pembangunan sistem serta menjadi forum perbincangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan universiti.

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Unit Audit Dalam (MBKUAD) ditubuhkan pada November 2002 dengan keahlian melibatkan 17 UA dan pada tahun 2012 bertambah bilangan kepada 20 UA.

MBKAD Bil. 1/2013 pada 20 Mac 2013 telah bersetuju dengan pemilihan akronim “Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Audit Dalam (MBKAD)” untuk menggantikan penggunaan akronim “Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Unit Audit Dalam (MBKUAD)”.

Mesyuarat MBKAD bil 3/2016 telah bersetuju supaya nama "Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Audit Dalam (MBKAD)" diganti kepada nama Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam (JKAD)"

  • Hits: 20738